Ivars Godmanis
Ivars Godmanis

Ivars Godmanis

Ivars Godmanis (lahir 27 November 1951) ialah seorang ahli politik Latvia. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama negara tersebut setelah merdeka dari Kesatuan Soviet, dan menyandang jawatan yang sama buat kali kedua pada Disember 2007.Godmanis bertugas selaku Perdana Menteri dari tahun 1990 hingga 1993, yang mana beliau memberi tumpuan kepada keperitan peralihan ekonomi Latvia dari komunis ke kapitalis. Pada tahun 1995, Godmanis dikurniakan anugerah Darjah Kebesaran Tiga Bintang.[1] Kemudian, beliau berkhidmat selaku Menteri Kewangan dari tahun 1998 hingga 1999. Mula-mulanya beliau menyertai Barisan Popular Latvia, tetapi setelah Barisan tersebut dibubarkan, beliau beralih ke parti Latvijas Ceļš (Arah Latvia). Pada bulan November 2006, berikutan pilihanraya yang dimenangi Arah Latvia yang bergandingan bahu bersama Parti Pertama Latvia, Godmanis menjadi Menteri Dalam Negeri.Pada 14 Disember 2007, Godmanis dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Valdis Zatlers.[2] Beliau diberi kelulusan oleh parlimen pada 20 Disember, melalui undian 54 lawan 43.[3]Pada 18 Jun 2008, Godmanis tercedera dalam kemalangan jalan raya.[4] Pada 19 September 2008 beliau mengambil tempat Roger Taylor sebagai pemain dram ketika gandingan kumpulan Queen + Paul Rodgers mendendangkan lagu "All Right Now" di sebuah konsert di Riga.[5][6]Kemelut ekonomi dan tuduhan rasuah mengakibatkan jemaah menteri Godmanis semakin kurang popular. Pada Januari 2009, tunjuk perasaan anti-kerajaan bertukar ganas menjadi rusuhan paling dahsyat dalam negara semenjak merdeka pada tahun 1991.[7] Pada 20 Februari 2009, Godmanis meletak jawatan selaku Perdana Menteri bersama seluruh pentadbirannya berikutan kebimbangan terhadap keupayaan mereka menangani krisis ekonomi.[8]